Bahan-Bahan
3 cawan nasi
1 gengam ikan bilis ( separuh bahagian goreng garing dahulu)
8 biji cili padi
1/2 ikat kangkung
Garam
1/4 biji bawang besar saiz kecil
1 biji bawang putih
Caranya
1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat, kalau takde lesung batu macam ros ni, buleh cincang halus je.
2. Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dan kangkung tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat, sedap dimakan panas-panas.
p/s: sgt simple tpi sedap.. slamt mncuba!