Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Tuesday, March 22, 2011

CARA MENJADI PRESENTER YANG BAGUS DAN BERKESAN

Sempena minggu perbentangan, sye tergerak le hati nk search tips mengenai cara menjadi presenter yang bagus dan berkesan.. cri pnye cri jmpela tips-tips berikut.. layannn =)

1. Bersedia dari segi fizikal dan mental. (Jangan gubra k!)
2. Alatan yang cukup untuk perbentangan. Termasuklah slide, power-point presentation, serta bahan-bahan yang lain dirasakan ia perlu seperti poster,
3. Harus belajar memiliki teknik vocal dan suara yang bagus (dah macam nk bertanding lak) dalam melontarkan idea-idea yang bernas dalam perbentangan. (Pastikan audience, bakal-bakal investor dengar suara kita dengan jelas).
4. Buat nota kecil (cube note). Yang ni kena ada, walaupun anda sudah arif. Manalah tahu jika ada yang terlupa ke nanti. Tapi jangan kerap melihat nota. Hanya lihat apabila perlu sahaja.
5. Pandang audience kita, (eyes contact), jangan duk tengok slide jer. Present pun jangan  mendatar je ayat kita, perlu ada klimaks dan ikut tone juga.
6. Sekiranya kita nervous, (gementar) tarik nafas dalam-dalam dan lepas, tarik balik. Insyallah, akan jadi lebih yakin. Biasanya apabila kita gementar, jantung kita akan berdegup lebih cepat daripada biasa dan kadang-kadang boleh menjadikan anda mengah (walaupun tidak jogging atau bersukan). Tarik nafas untuk beberapa kali dan jantung anda akan kembali ok.
7. Mendapat jawab soalan dari audience, verifier, external verifier dengan penuh keyakinan dan semangat.Dan kalau diaorang takda soalan, kita pulak yang bagi soalan.
8. Muka mestilah sentiasa senyum dan serius (ikut tone dan masa yang betul), walaupun kita sakit, ataupun tengah marah, sedih dan sebagainya (be professional k!).
9. Ini yang paling penting, jangan lupa baca doa, sekurang-kurang baca Bismillahirahmmanirrahim. Ataupun, baca:
ISTIFAR -3X
SELAWAT NABI  S.A.W. -3X
AL-FATIHAH -1X  
insyallah Allah akan permudahkan urusan kita.

Pls: esk ciknurul kna wat presentation besok huhu.. wish me, gud luck!