Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Showing posts with label ♥cinta♥. Show all posts
Showing posts with label ♥cinta♥. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

silent love





Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si DIA.
Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada ALLAH, beritahu ALLAH.
ALLAH Maha Mengetahui jodoh kita siapa.

Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
Maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah” - Adz Dzariyat: 49




Wednesday, April 4, 2012

Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Hati


1. Sukar melelapkan mata - Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar - Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu - Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah - Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu - Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru iaitu termenung - Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.



Sunday, April 17, 2011

Petua Menangani Cinta Jinak-Jinak Merpati

1.Jangan terlalu banyak berharap - Itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkannya atau untuk menakluk hatinya. Dengan cara begitu dia pula yang akan mengejar anda. Jangan mudah  terus-menerus mengirim sms atau menelefonnya.

2.Kenali Isi Hatinya - Sebelum anda meluahkan perasaan cinta kepadanya, alangkah baiknya jika anda mengenali terlebih dahulu akan isi hatinya.

3.Dekati Keluarganya - Biasanya seorang wanita jenis  jinak-jinak merpati seperti ini suka kalau keluarganya rapat atau akrab dengan anda. Sebab itulah anda harus mendekatkan diri anda dengan keluarganya. Pasti anda akan menjadi pasangan hidupnya.

4.Lihat Bahasa Tubuhnya - Tidak semua wanita suka pada anda, atau mahu ikut cakap atau kemahuan anda. Anda harus memperhatikan bahasa tubuhnya. Misalnya, ketika dia berbual dengan anda. Anda pastikan samada dia menatap wajah anda terus-menerus atau tidak. Jika ya, itu bererti dia suka pada anda. Atau semasa berbincang, jarinya bermain-main gelas. Itu bermakna anda sudah hampir  mendapatkannya. Itulah tandanya dia suka kepada anda.

Saturday, April 2, 2011

30 Tanda-Tanda Anda Sudah Jatuh Hati


1. Sukar melelapkan mata - Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar - Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu - Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah - Hati anda merasa resah dan gelisah pabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu - Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru iaitu termenung - Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating - Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu - Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon - Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun baru dapat lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa - Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah - Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja - Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin

13. Lebih rajin - Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan - Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen terkini. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesona. Dari hujung rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif - Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk - Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka - Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’ - Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban - Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukan semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain - Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin - Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal - Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan - Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakan barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan dengan si dia.

24. Sumber ilham - Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian - Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji - Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis - Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendokong percakapannya sekalipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaannya. Tambahan pula anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik.

28. Tanda ingatan - Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian - Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati.

30. Bertekad memilikinya - Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.


Friday, April 1, 2011

DEFINISI CINTA


Cinta Sayang
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.

Cinta Buta

Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

Cinta Simpati

Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

Cinta Paras Rupa
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

Cinta Romantik

Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.



Cinta Nafsu

Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.

Cinta materialistik

Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

Cinta terpaksa

Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.

Cinta Kecundang

Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional. Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.

Cinta Sempurna

Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.


 p/s: segalanya tentang C.I.N.T.A

Sunday, March 20, 2011

I DON'T LOVE YOU!

Most of the time, kita sebagai manusia memang suka terseksa. Cuba renung kembali... suka tak masa dikecewakan? It looks like tak suka tetapi kita membiarkan diri kita menangis-nangis tak habis-habis. Berminggu-minggu kita menangis dan bersedih kadang berbulan malah ada yang bertahun-tahun...

Ada pula yang duduk kat balkoni malam-malam dan asyik bermonolog seorang diri...


“Aku tetap cinta kan mu walau kau telah pergi jauh, aku tetap sayangkan mu walau kau tidak cintakan ku...aku akan terus menunggu kehadiran mu sayang!”

Hehehe...jom kita ketawakan diri kita sendiri cepat! :D Wakakaka... dont worry I pun pernah macam you all jugak. You see, that's normal la bila dah jatuh cinta, kan? Kita memang suka terseksa, walau kita tahu kita tak suka tapi kita suka membiarkan diri kita diseksa!

Worst part... or should I say, the Final Try...kita dah tahu dia tak nak kat kita, kita tahu dia tak ada perasaan kat kita pun, tapi kita nak juga dengar dari mulut dia sendiri, kita nak juga dengar dia mengatakan, “I dont love you!”

Funny tak? Why kita nak sangat dengar ayat yang pasti mengguris hati kita tu? Adoi... hehehe, I bukan cakap you la ni... orang lain la, termasuk diri I sendiri dulu-dulu laaa hahaha :lol:

Tapi serius la kan, remember lagi...what I did, I pergi jumpa that girl dan cakap kat dia,

“Okay, kalau you betul-betul tak ada perasaan kat I, please look into my eyes, look at me straight up and tell me that I'm not good enough for you and tell me you dont love me!”

Hahaha...konon-konon kita rasa kita hebat la, macam kita rasa sebenarnya dia ada perasaan kat kita tetapi segan atau takut untuk meluahkan perasaan dia yang sebenar...

Padahal... memang dia tak ada hati kat kita pun, dan for sure dia tak akan cakap direct kat kita yang dia tak cinta kan kita...its so very kejam, for sure dia pun nak jaga hati sesama manusia...
    
§  so, what’s her answer, “Please don’t ask me to say that...bukan macam tu, you're a great person. cuma I rasa ada ramai lagi orang lain yang lebih baik untuk you.”
§  Kita pun terasa la bangga, dalam hati kita, “huh...memang dia ada perasaan kat aku tu, tapi malu nak cakap!”
Hayya...perasan! Why laaa ego kita susah sangat nak menerima bahawa dia tidak berminat dengan kita dan dia sememangnya tidak cinta kan  kita beb? Hey... dia hanya nak jaga hati kita je as friend or terhadap another human being...the fact is, apa yang dia nak katakan,
    
§  “I don’t love you!” – I don’t love you and thats it! Put it in your thick skull and understand it, i don’t love you...i don’t have any feelings for you, i don’t want you...I'm not interested in anything about you! BOOM!
Apasal kita susah sangat nak faham? Hahaha...well, itulah kita sebagai manusia yang sebenarnya all of us are full of ego, tak mahu menerima kekalahan dan kegagalan...dan asyik bertanya,
    
§  "why dia buat kita jatuh cinta, why dia beri harapan, why dia layan kita baik sekali, why dia mengambil berat..."

Truth is WHY NOT? why? tak boleh ke another human being care about you? Or memberi semangat sebagai seorang kawan? Or melayan you dengan baik sebagai seorang yang pernah mengalami perasaan seperti you?...that doesnt mean dia loves you babe! - Takkan nak layan dengan buruk?

Now you see? ...what Im trying to say is, becareful dan pandai-pandailah membezakan niat seseorang itu ...Yang penting, jangan terburu-buru jatuh cinta... Fahami betul-betul setiap actions dia. And always believe dengan naluri kita. Kalau naluri kita rasa dia tidak cinta, pasti ada kebenarannya, sebab naluri bertindak dari hati dan perasaan kita yang melihat dan merasa keadaan yang sebenar di sekeliling kita.