Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...
suka blog ini?
Sunday, March 20, 2011
INTERNET: KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA
Kelebihan
1. Maklumat
Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
2. Alat komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
3. Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.
4. Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
5. Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.
6. Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya.
7. Pendidikan Secara Atas Talian
Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian.
8. Servis Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.
Keburukan
1. Ketidaktepatan maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.
2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.
3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.
4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
5. Pembaziran masa
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.
p/s: slalu tido lewat pagi sbb layan benda2 ni.. ishk2 apelah ciknurul nie.. =p
Labels:
♥hiburan♥