Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Sunday, March 20, 2011

KENAPA PELAJAR MUDAH MENGANTUK DALAM KELAS

  1. Tiada Persediaan – Ramai di kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan mahu pun ketika di university, tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila anda tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, anda akan cepat hilang tumpuan. Apa yang diajar oleh guru anda tidak pernah pun tahu. Bagaimana mahu rasa seronok? Macam mana ingin merasa mudah ketika guru mengajar? Justeru, pastikan anda membaca dahulu apa yang akan disampaikan oleh guru atau pensyarah pada hari tersebut sebelum ke kelas.
  2. Kurang Tidur – Ramai yang beranggapan bahawa, tidur lewat adalah jalan penyelesaian terbaik untuk score di dalam peperiksaan. Memang pernah berlaku bahawa ramai orang berjaya yang berbuat demikian. Tetapi lebih ramai orang berjaya yang tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas.
  3. Tiada Fokus – Ramai juga pelajar yang tidak memberikan perhatian ketika guru atau pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan atau membiarkan fikiran anda bebas ke mana-mana.
  4. Kurang Minat – Kalau anda ingin berjaya anda harus minat. Wajib menyukai setiap pelajaran dan subjek yang anda ambil. Sesuatu yang sukar itu seringkali bermula dengan yang sukar-sukar. Kuatkan hati, tanamkan azam yang jitu. Tambahkan minat terhadap mata pelajaran yang kurang diminati. Lakukanlah apa sahaja untuk memastikan anda minat dan seronok terhadap  tajuk dan subjek berkenaan.
  5. Fizikal dan Mental – Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa mental dan fizikal kita juga perlu rehat yang mencukupi. Dapatkah anda bayangkan sebuah kereta yang bergerak 24 jam tanpa henti dan ia terus bergerak lagi untuk 24 jam, yang seterusnya tanpa henti? Begitu juga tubuh kita. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Rehat fizikal, rehat juga minda. Buang segala masalah yang sedang melanda dan mengusutkan anda.
p/s: Dugaan pling besar pd ciknurul sbg seorang yg brgelar pelajar 'U' adalah bgn tido tuk ke kelas...adoiiiiii......................heheheeee