Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Showing posts with label ♥pelajar♥. Show all posts
Showing posts with label ♥pelajar♥. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

FOKUS SEMASA MENGULANGKAJI PELAJARAN.

Selalunya pelajar-pelajar sering merungut apabila tibanya hari peperiksaan bulanan ataupun peperiksaan akhir. Mulalah timbulnya rasa stress dan ingin menuding sesuatu kesalahan pada perkara yang lain, sebagai contoh pensyarah atau guru tak pandai mengajar, masa tak cukup, kawan yang mengajak bermain, ibu bapa yang tidak faham dan pelbagai lagi.Inilah realiti seorang pelajar di dalam menempuhi alam belajar. Sekarang pelajar-pelajar cuba ambil kesempatan merenung akan permasalahan di dalam pembelajaran anda. Ingat! gunakanlah tempoh 24 jam sehari dengan berkualiti apabila tibanya peperiksaan. 

Saya ingin berkongsi sedikit TIPS untuk anda (pelajar) mendapatkan FOKUS AWAL DI DALAM MENGULANGKAJI PELAJARAN.


1. Mulakan dengan DOA dan BERWUDHUK (KEBERKATAN)

Amalkan rutin mengulangkaji secara KEBERKATAN ini di dalam diri anda. In kerana terlalu ramai pelajar-pelajar yang cemerlang dan berjaya meletakkan Ketuhanan sebagai panduan awal pembelajaran supaya ilmu yang kita pelajari mendapat Keberkatan dan Redha. Mudah sahaja... Ambil Wudhuk dan Doa.... Walaubagaimanpun ramai yang sukar mengamalkannya....

2. Tak perlu terlalu LAPAR dan KENYANG (KESELESAAN)


Perut yang terlalu kenyang dan terlalu lapar adalah perkara yang membawa kepada ketidakselesaan di dalam mengulangkaji pelajara anda. Ini kerana fikiran yang memberi fokus kepada ULANGKAJI akan beralih kepada perkara LAPAR dan KENYANG. Mulalah anda akan merungut seperti : KENYANG - Bertukar kepada MENGANTUK dan LAPAR - Bertukar kepada MAKANAN.

3. KURANGKAN mendekati HANDSET/INTERNET/TV/RADIO dan Lain2 yang boleh menghilangkan FOKUS mata dan pendengaran(FOKUS)


Sekarang ramai pelajar yang suka mengulangkaji dengan pelbagai alatan-alatan teknologi dan ia menjadi satu SINDROM yang membawa kepada hilangnya Fokus Study. Saya tidak menghalang penggunaan alatan seperti ini di dalam mengulangkaji kerana ia juga boleh di jadikan suatu cara untuk menghilangkan perasaan BORING,JEMU,TERTEKAN dan sebagainya. Yang saya ingin tekankan KURANGKAN dan MINIMAKAN penggunaannya. Contoh apabila handset di tangan.. mulalah menekan SMS dan ketawa sorang diri.. Akhirnya melebihkan kepada bersembang melalui SMS. Apa yang terjadi? FOKUS hilang...

4. Pilihlah WAKTU dan TEMPAT sesuai semasa Mengulangkaji Pelajaran (SEMANGAT)


Saya akui seorang pelajar akan terasa Malas apabila badan mula letih dan persekitaran tidak membina untuk belajar. Pilihlah Waktu dan Tempat yang sesuai di dalam anda mengulangkaji pelajaran. PENTING.. Impak belajar berkesan apabila anda mempunyai SEMANGAT di dalam ulangkaji.

5. Tidak perlu dekati dari KAWAN yang TIDAK STUDY semasa anda INGIN STUDY


Saya tidak menyatakan anda tidak boleh berkawan dengan rakan-rakan yang Tidak Study dan Asyik Bermain. Saya mengharapkan anda tidak mendekati mereka semasa anda berkobar-kobar untuk Study.. Ini kerana anda akan mula di pengaruhi walaupun anda tidak melakukan reaksi untuk bersama mereka. Inilah di katakan kesan PENGARUH BELAJAR. ANDA BOLEH BERKAWAN dengan MEREKA tetapi PILIHLAH MASA SESUAI untuk bersama MEREKA. 



p/s: Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang akan menduduki peperiksaan akhir sem ini

Tips menghadapi peperiksaan..

Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari
Belajar Untuk Belajar
-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.
Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.
Klik Read more di bawah untuk bacaan selanjutnya

Follow up:

Teknik Belajar
-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.
Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.
Masa Dalam Kelas Sangat Penting
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham
Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.
Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda
Mendengar Secara Berkesan
-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.
Belajar Merancang Masa
-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.
Buat Jadual Waktu Belajar
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan
Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.
Strategi Ulangkaji
-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan
Teknik Membaca
-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.
Buat Nota Dengan Baik
-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.
Manfaatkan Bahan Rujukan
-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup
Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup
Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain
Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari
Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan
Strategi Cemerlang Peperiksaan -1
-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota
Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu
Mengatasi Persoalan Seperti
-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat
Persoalan - 2
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal
-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir
Masa Depan Yang Cerah
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.
Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.
Kata Bestari
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.
p/s: tunggu post yg seterusnya utk lebih detail =)

Saturday, April 2, 2011

Petua Untuk Menjadi Pelajar Yang Selalu Berjaya


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada    di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

Tuesday, March 22, 2011

CARA MENJADI PRESENTER YANG BAGUS DAN BERKESAN

Sempena minggu perbentangan, sye tergerak le hati nk search tips mengenai cara menjadi presenter yang bagus dan berkesan.. cri pnye cri jmpela tips-tips berikut.. layannn =)

1. Bersedia dari segi fizikal dan mental. (Jangan gubra k!)
2. Alatan yang cukup untuk perbentangan. Termasuklah slide, power-point presentation, serta bahan-bahan yang lain dirasakan ia perlu seperti poster,
3. Harus belajar memiliki teknik vocal dan suara yang bagus (dah macam nk bertanding lak) dalam melontarkan idea-idea yang bernas dalam perbentangan. (Pastikan audience, bakal-bakal investor dengar suara kita dengan jelas).
4. Buat nota kecil (cube note). Yang ni kena ada, walaupun anda sudah arif. Manalah tahu jika ada yang terlupa ke nanti. Tapi jangan kerap melihat nota. Hanya lihat apabila perlu sahaja.
5. Pandang audience kita, (eyes contact), jangan duk tengok slide jer. Present pun jangan  mendatar je ayat kita, perlu ada klimaks dan ikut tone juga.
6. Sekiranya kita nervous, (gementar) tarik nafas dalam-dalam dan lepas, tarik balik. Insyallah, akan jadi lebih yakin. Biasanya apabila kita gementar, jantung kita akan berdegup lebih cepat daripada biasa dan kadang-kadang boleh menjadikan anda mengah (walaupun tidak jogging atau bersukan). Tarik nafas untuk beberapa kali dan jantung anda akan kembali ok.
7. Mendapat jawab soalan dari audience, verifier, external verifier dengan penuh keyakinan dan semangat.Dan kalau diaorang takda soalan, kita pulak yang bagi soalan.
8. Muka mestilah sentiasa senyum dan serius (ikut tone dan masa yang betul), walaupun kita sakit, ataupun tengah marah, sedih dan sebagainya (be professional k!).
9. Ini yang paling penting, jangan lupa baca doa, sekurang-kurang baca Bismillahirahmmanirrahim. Ataupun, baca:
ISTIFAR -3X
SELAWAT NABI  S.A.W. -3X
AL-FATIHAH -1X  
insyallah Allah akan permudahkan urusan kita.

Pls: esk ciknurul kna wat presentation besok huhu.. wish me, gud luck!

Sunday, March 20, 2011

KENAPA PELAJAR MUDAH MENGANTUK DALAM KELAS

  1. Tiada Persediaan – Ramai di kalangan pelajar tidak kira di alam persekolahan mahu pun ketika di university, tidak membuat persediaan yang cukup sebelum ke kelas. Apabila anda tidak membaca dahulu apa yang akan diajar oleh guru dan pensyarah pada hari tersebut, anda akan cepat hilang tumpuan. Apa yang diajar oleh guru anda tidak pernah pun tahu. Bagaimana mahu rasa seronok? Macam mana ingin merasa mudah ketika guru mengajar? Justeru, pastikan anda membaca dahulu apa yang akan disampaikan oleh guru atau pensyarah pada hari tersebut sebelum ke kelas.
  2. Kurang Tidur – Ramai yang beranggapan bahawa, tidur lewat adalah jalan penyelesaian terbaik untuk score di dalam peperiksaan. Memang pernah berlaku bahawa ramai orang berjaya yang berbuat demikian. Tetapi lebih ramai orang berjaya yang tidak mengamalkan kaedah sedemikian. Apabila anda tidur lewat, anda akan mengantuk di dalam kelas.
  3. Tiada Fokus – Ramai juga pelajar yang tidak memberikan perhatian ketika guru atau pensyarah mengajar di kelas. Kelas dan dewan kuliah bukan tempat untuk anda berangan atau membiarkan fikiran anda bebas ke mana-mana.
  4. Kurang Minat – Kalau anda ingin berjaya anda harus minat. Wajib menyukai setiap pelajaran dan subjek yang anda ambil. Sesuatu yang sukar itu seringkali bermula dengan yang sukar-sukar. Kuatkan hati, tanamkan azam yang jitu. Tambahkan minat terhadap mata pelajaran yang kurang diminati. Lakukanlah apa sahaja untuk memastikan anda minat dan seronok terhadap  tajuk dan subjek berkenaan.
  5. Fizikal dan Mental – Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa mental dan fizikal kita juga perlu rehat yang mencukupi. Dapatkah anda bayangkan sebuah kereta yang bergerak 24 jam tanpa henti dan ia terus bergerak lagi untuk 24 jam, yang seterusnya tanpa henti? Begitu juga tubuh kita. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Rehat fizikal, rehat juga minda. Buang segala masalah yang sedang melanda dan mengusutkan anda.
p/s: Dugaan pling besar pd ciknurul sbg seorang yg brgelar pelajar 'U' adalah bgn tido tuk ke kelas...adoiiiiii......................heheheeee