Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Showing posts with label ♥petua♥. Show all posts
Showing posts with label ♥petua♥. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Petua Membina Keyakinan Diri



·  Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
·  Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
·  Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
·  Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
·  Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
·  Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
·  Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
·  Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
·  Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
·  Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

      Wednesday, April 4, 2012

      Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah

      • Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar.
      • Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.
      • Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.
      • Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.
      • Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan satu sudu besar madu dan dua sudu besar jus buah prun. Minum dua kali sehari.
      • Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. Ibu kunyit ini hanya diminum sekali sahaja selepas ibu-ibu melahirkan anak.
      • Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.
      • Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.
      • Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. InsyaAllah, kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.
      • Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya.
      • Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk.
      • Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama dua minggu berturut-turut.

       

      Monday, December 19, 2011

      Petua Sebelum Tidur


      1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.
      2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.
      3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.
      4. Jangan tidur dengan coli @ seluar dalam - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.







      Sunday, April 17, 2011

      Petua Memilih Jantina Anak


      1. MELALUI PEMAKANAN
      Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:
      i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
      ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu
      Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 – 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus
      2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG
      Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:
      i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur
      ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.
      Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.
      Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.
      3. TAHAP KEASIDANAN
      Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.
      i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.
      ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan ?bikarbonat? yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.
      4. TAHAP KEPUASAN ISTERI
      Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:
      i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
      ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.
      p/s: Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 – 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakat Sakit Puan.

      Koleksi Petua Untuk Anak Dara


      Di dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk anak dara yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ia juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

      BANGKIT BERSAMBUT
      Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

      WAJAH SUCI
      Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

      MENYEGARKAN PAYUDARA
      Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

      TAMAN SEMERBAK MEWANGI
      Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

      LUBANG JARUM
      Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

      SUARA PERINDU
      Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

      MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI
      Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’, setelah berkahwin nanti.

      PAYUDARA MONTOK
      Elakkan dari meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

      Koleksi Petua Untuk Di Rumah

      HALAU SEMUT DI  DALAM RUMAH
      Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

      MENGATASI SINGKI TERSUMBAT
      Masalah singki tersumbat mudah ambil segenggam garam kasar dan letakkan dilubang singki. Gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam singki tersebut. Singki tidak akan tersumbat lagi.

      MENGILATKAN KACA TINGKAP
      Kaca tingkap yang terlalu kotor boleh dikilatkan dengan 2 cara:
      1. Kesatkannya dengan kain pengesat yang dibasahkan dengan cuka
      2. Kesatkan kaca tingkap dengan menggunakan surat khabar lama.

      MENCUCI KOTORAN PADA PAKAIAN
      Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau. Jika terkena minyak tanah pula, kain itu diwap dahulu sebelum dicuci. Kotor yang terkena minyak pula maka maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh. Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh.

      HINDARI LIPAS
      Lipas amat suka mendiami laci-laci pada almari di samping meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Anda boleh menghalau lipas-lipas ini dengan cara :-
      1. Simpulkan beberapa helai daun panda.
      2. Kemudian letakkan di dalam laci dan almari. Laci juga akan berbau harum.

      MENGHARUMKAN ALMARI PAKAIAN
      1.Cara yang paling mudah dan menjimatkan, ialah dengan menggunakan kulit limau. Balutkan kulit limau dengan kain. Untuk mencantikan lagi, ikat bungkusan ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian.
      2.Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.

      TANGAN MENGELUPAS
      1.Lumurkan asam jawa pada tapak tangan. Biarkan ia seketika. Kemudian bersihkan dengan air biasa.
      2.Hancurkan buah belimbing buluh dan lumurkan pada tangan. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh tangan anda dengan air biasa.

      MELEMBUTKAN TAPAK TANGAN
      Lumurkan tangan anda dengan hampas kelapa dan minyak kelapa. Biarkan ia seketika sebelum dicuci dengan air.

      TANGAN TERLUKA
      Lumatkan sebiji bawang kecil bersama-sama dengan gula pasir. Kemudian balutkan bahan itu ke tempat yang terluka. Darah akan berhenti.

      Saturday, April 2, 2011

      petua merawat senggugut



      Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

      Petua 1

      Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

      Petua 2

      Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

      Petua 3

      Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
      padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

      Petua 4

      Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

      Petua 5

      Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
       

      Petua Untuk Mengatasi Masalah Perut Buncit


      Minum Banyak Air - Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

      Kurangkan Pengambilan Garam - Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

      Makan Perlahan-lahan - Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

      Pengambilan Serat - Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

      Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

      Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

      Bersenam - Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.