sardin nie merupakan salah satu makanan yang sgt versatile...kalau masak macam mana pon sedap jer rasanya...hehehehe...makan mentah pon bley jugak...masak kari...masak sambal tumis...masak lemak pon enak dimakan...mcm mana nak pelbagaikan masakan sardin???...ok..nie ada few resepi tuk kte cuba bila masak sardin...
SARDIN KASTURI
1 tin sardin - mesti cap ayam
1-2 biji bawang besar - potong bulat2
cili padi akar - banyak mana pun suka hatilah
anggaran 10 biji limau kasturi - tak tipu!
CARA MEMASAK:
1. Goreng bwg sebentar dan cili padi.
2. Masukkan sardin
3. Perahkan asam limau kasturi
4. Kalau suka, hancur2 kan isi ikan sardin tu
5. Bubuh garam sesedap rasa
6. Kalau suka, boleh tambah tomato sekali
NOTA:
Sardin simpoi ni adalah cara basic. Kalau suka boleh tambah dengan jering goreng, kerdas goreng, peria, petai, atau kentang. Bubuh semua skalipun sodap!
Limau kasturi memang banyak di gunakan untuk mematikan hanyir ikan sardin. Jangan takut2, sebab kalau dia masam2 lagi sodap!
Makan dengan telur dadar berdaun kunyit.
TUMIS PEDAS IKAN SARDIN
1 tin - Ikan sardin cap ayam
lada kering - agak2 jer yg dah dikisar
1 biji bawang besar - dipotong nipis
air asam jawa
2 biji bawang putih - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
3 biji kentang - dipotong memanjang & goreng
1 biji lada besar
garam, gula secukup rasa
Cara
1. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukan lada kisar sampai garing juger
2. Masukkan air asam jawa masak seketika... baru masukkan ikan sardin.
3. Kemudianya masukkan bawang besar.. dan kentang goreng tadi serta lada besar... masak sekejap baru la angkat serta hidang.
SARDIN MASAK LEMAK CILIPI
Bahan-Bahan:
1 tin sardin yg besar
10 biji buah belimbing
1 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan pekat
1 biji buah tomato [belah 4]
garam
bahan tumbuk 15 biji ciliapi
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang merah
2 sm kunyit
Cara:
1 Masukkan sardin dan bahan tumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimnbing.
2. Bila dah mendideh masukkan santan pekat dan rasakan asam garam.
3. Kacau perlahan sehingga mendideh lagi.
4. Tutup api dan hidangkan.
SARDIN GORENG HALIA
Bahan-bahannya:-
- 1 tin sadin cap ayam yang besar - asingkan dari sos nyer
- 4 batang cili masak - dibelah dua tak perlu buang biji
- 1 inci halia - dihiris halus halus
- 4 ulas bawang merah - dihiris halus
- 2 ulas bawang putih - dihiris halus
- suku mangkok air asam jawa
- 1/2 cawan minyak utk menggoreng
- sedikit garam dan ajinomoto mengikut rasa
Cara Menyediakannya:-
1. Mula2 panaskan minyak kemudian gorenkan sadin, kena berhati hati
sebab nanti sadin ney akan meletop letop so, api tuh slow sikit tak perlu
garing dan angkat ketepikan
2. Kemudian dlam kuali dan minyak yang sama tumiskan bahan2 yang dihiris,
bila wangi masukkan sos sadin tadi, cili masak diikuti sadin dan air asam
3. Kacau perlahan supaya sadin tak hancur, masukkan garam dan
ajinomoto....
SARDIN MASAK LEMAK CILIPADI BERSAMA KENTANG
Bahan-bahannya:-
- 1 tin sadin besar cap ayam
- santan kelapa 2rm - asingkan pati secawan yg selebihnya + 3 cawan air
- cilipadi kampung 1rm
- 4 biji ubi kentang dibelah dua
- 4 ulas bawang merah
- 1/2 inci kunyit hidup
Cara Menyediakannya:-
1. Cili api bawang merah dan kunyit di kisar dan masukkan kedalam periuk
dan masukkan juga santan yg dicampur dgn 3 cawan air sejuk panaskan
diatas api kacau selalu.
2. Masukkan Sadin dan kentang kacau selalu sehingga melegak masukkan
pati santan garam dan aji nomoto padamkan api.
SARDIN GORENG BAWANG DGN DAUN SUP
1 tin sardin - buangkan sos nyer amik ikan sahaja
1 bwg beso yg beso- potong gegelang or separuh gelang or suku gelang :D
halia sket- finely chopped/sliced
2 bwg putih - crushed
daun sup - chopped
crushed black pepper
1/2 tsp sos tiram sket
limau nipis sket
hirisan cili merah
garam n gula secukup rasa
minyak
panaskan minyak[lebih sket tp jgn too much]..tumiskan halia, bwg putih n black pepper
masukkan ikan sardin..goreng bior cam garing sket n masukkan daun sup pastu sos tiram..
masukkan bwg beso n hirisan cili..seasonkan garam gula secukup rasa n perahkan limau nipis..
siappp!
makan dgn nasik..jgn lupa taruk kicap..
BAKED SARDIN
sardin tu buang sosnyer..beli yg dlm tin leper n oval tu..
blend together:
santan pekat[sket je..just enuf utk blend
serai
bwg merah
cili merah
kunyit n daun kunyit[kalau ade]
halia sket je
cuka or jus limau sket aje
jintan manis n ketumbar[leh omit kalau maleh nak taruk]
garam gula
susun sardin dlm caserol, curahkan bahan yg dikisar [jgn berkuah sgt]
pastu bakar sampai masak
siapppp!
MASAK LEMAK SARDIN DGN NENAS
satu tin sardin
nenas - potong
kentang - potong
tomato - potong wedges
dikisar halus
3 bwg merah sket
2 bwg putih sket
cili padi - ikut kepedasan yg dikehendaki
santan
kunyit hidup/serbuk
daun kunyit - hiris atau siat
sedikit lada hitam - bior sebiji- sebiji
serai - titik
garam gula secukup rasa
masukkan bahan kisar bersama sama nenas n kentang, lada hitam, serai n daun kunyit.. renih perlahan2 sampai kentang agak empuk. kacau selalu agar santan tak berkepala
pastu masukkan sardin n tomato..bior merenih n pekat, perisakan garam gula secukup rasa..
SARDIN GORENG CILI PADI
bahan2:
sardin, blend cili api, bwg merah & bwg putih,
masukkan bhn2 yg diblend + air sket dlm kuali yg telah dipanaskan minyak, masukkan garam + gula
bila dah nak kering, masukkan ikan sardin.
...ps... tdi baru cik nurul masak sardin dgn member2 kt umah sewa.. sdap wlpn simple hehee =)