Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Tuesday, October 16, 2012

silent love





Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si DIA.
Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada ALLAH, beritahu ALLAH.
ALLAH Maha Mengetahui jodoh kita siapa.

Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH
Kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
Maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah” - Adz Dzariyat: 49




Saturday, October 6, 2012

Petua Membina Keyakinan Diri



·  Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.
·  Jika orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
·  Kenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.
·  Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
·  Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
·  Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai pemanas badan yang dapat mengaktifkan diri seseorang.
·  Sentiasa mengemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.
·  Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
·  Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan diperolehi selepas tugas tersebut selesai.
·  Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

      Sunday, September 9, 2012

      KUIH Cek mek molek

      Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/ memancut.


      Bahan-bahan ( 6-7 orang )
      ·         4 biji ubi keledek
      ·         2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
      ·         Inti : gula secukupnya

      Cara-cara
      1.      Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

      2.      *kurangkan gula untuk makanan yang berkhasiat

      Friday, August 31, 2012

      Redha...


      ya  Allah..
      jika dia bukan milikku..
      tabahkan hati ku..
      jika dia bukan milikku..
      tenangkanlah hatiku..
      dekatkan aku dengan mu..
      semoga, aku redha dengan ketentuanmu :)

      p/s: selamat menyambut kemerdekaan! 

      Saturday, July 28, 2012

      Lagu Cinta...

      LAYU DI HUJUNG MEKAR

      Haruskah ku terus melayani perasaan
      Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

      ( 1 )
      Cintaku padamu haruskah aku teruskan
      Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

      Tiada ertinya
      Apakah akhirnya percintaan

      ( 2 )
      Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
      Kini tandus tiada bermaya
      Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
      Kini layu di pusara bumi

      Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

      ( ulang 1 )
      ( ulang 2 2X )

      p/s: walk on :D