Cek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng. Sekiranya tidak dimakan dengan hati-hati, inti gulanya mudah tumpah/ memancut.
Bahan-bahan ( 6-7 orang )
· 4 biji ubi keledek
· 2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
· Inti : gula secukupnya
Cara-cara
1. Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
2. *kurangkan gula untuk makanan yang berkhasiat