Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Saturday, December 24, 2011

60 tips mendapatkan pasangan




1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




Thursday, December 22, 2011

Asam Jawa untuk kulit licin tanpa jerawat


Asam jawa dapat membantu menjaga kulit wajah anda.
Ambil asam jawa secukupnya dan bancuh dengan air masak.
Oleskan pada wajah sehingga kering iaitu kira-kira 30 minit.
Setelah kering, bolehlah dicuci.
Sekiranya ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit.
Jika diamalkan, kulit akan licin dan tidak berjerawat.




p/s: Walau bagaimanapun, petua ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering.

Monday, December 19, 2011

Petua Sebelum Tidur


1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.
2. Jangan tidur dengan telefon bimbit - Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita menggunakannya sebagai alat penggera, para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.
3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat - Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau di mana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.
4. Jangan tidur dengan coli @ seluar dalam - Bagi wanita pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara. Memakai coli melebihi 12 jam adalah berisiko. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai 'boxer' yang longgar dan selesa.







Friday, December 16, 2011

Masker Putih Telur



khasiat putih telur:

  • -      mengurangkan kesan parut jerawat
  • -      mengecilkan liang-liang roma 
  • -      baik untuk kulit yang kering dan berminyak
  • -      menanggalkan whitehead dan blackhead
  • -      melembabkan kulit 
  • -      kulit muka lebih tegang dan halus
  • -      kelihatan awet muda
Cara nya:

  • Ambil sebiji telur kemudian pecahkan kedalam mangkuk. Ambil putih telur  saja dan asingkan kuning telur. (Pukul telur dalam mangkuk hingga berbuih)
  • Dengan menggunakan kapas (koyak kan kepada 2), celup dalam telur dan terus tepekkan  ke suruh muka. (tisu pun boleh digunakan juga)            
  • Biarkan sehingga 30 minit atau sampai kering.
  • Bila dah kering, boleh cabut mask dari muka, basuh dan keringkan.


Cubalah dan lihat hasilnya :)


Thursday, December 15, 2011

Segalanya Tentang KISMIS

Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.



Nama-nama bagi kismis:


Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Khasiat dan Kegunaan Kismis:


1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.



Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot. Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Make Up Ringkas Tapi Cantik

Kesuntukan masa, tampak pelik dan tidak biasa melakukannya sering menjadi alasan di kalangan wanita negara ini jika diajukan soalan mengenai aplikasi solekan dalam kehidupan seharian. Bagi mereka, solekan ringkas dengan bedak dan gincu sudah memadai kerana enggan menghabiskan masa terlalu lama di depan cermin serta tidak mahu menjadi topik perbualan jika bersolek rapi.

Akhirnya, wajah yang hanya disapu bedak dan dicalitkan gincu itu tampak kusam, berbelak malah tidak bermaya hingga perlu dirapi semula beberapa jam selepas itu. Penggunaan bedak asas yang betul serta memilih rona sesuai dengan warna kulit amat penting bagi memastikan solekan seimbang dan tidak terlalu menonjol untuk aktiviti siang. 


Jom kita aplikasikan 4 tips ringkas untuk ‘Light Makeup’ (Solekan Ringkas) ke pejabat atau ke kelas. Let’s go girls...

Kulit Licin (Smooth complexion)
Penyapuan bedak asas berunsur cecair (liquid foundation) diperlukan hanya di sekitar: dahi, dagu dan di hidung. INGAT!! Solekan anda memerlukan Touch Up!’ jika kulit anda jenis kering (dry) atau kulit biasa (normal), sapukan bedak dengan berhati-hati ketika di waktu tengahari. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak (oily) tekap/bersihkannya dengan tisu/blotter ini kerana muka anda akan kelihatan berkilat/bertopeng untuk sekian lama jika dibiarkan begitu saja.

Sapuan Lembut Di Bulu Mata
Penyapuan bulu mata dengan maskara, tidak memerlukan kemahiran khas untuk ‘membuka’ dan ‘mencantikkan’ mata anda disamping solekan mata yang memukau. . Anda harus mencuba rangkaian maskara dalam tona warna-warna lain : coklat, kelabu, ungu gelap dan hitam.

Sentuhan Pemerah Pipi (Cheeks touched with blush)
Tulang pipi perlu diserlahkan dengan warna pemerah pipi Coklat Cerah/muda (Light-Brown), berhati-hati untuk warna seperti Tembaga (Copper) !! Jika disalah guna/kurangsesuai, ia mungkin membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Jika anda mempunyai Kulit Kapilari (Skin Capillaries), tidak digalakanmengguna/menyapu warna pemerah pipi yang agak Merah Jambu – ia akan menjadikan masalah kulit anda jelas kelihatan!!.

Kilauan Asli Di Bibir

Gloss bibir Warna Coklat (brown)!  Itulah yang harus anda perlukan. Jika anda tidak mempunyai gloss bibir berwarna coklat anda juga boleh cuba gincu berwarna Beigeatau Merah Jambu (pink). Berhati hati dengan gloss bibir yang mempunyai kesan Vinil atau yang berkilat. Ia kurang sesuai atau kelihatan agak seksi untuk ke pejabat. Ianya hanya sesuai digunakan pada waktu malam.


SELAMAT BERJAYA! :)





Diet Tanpa Nasi Boleh KURUS?





Nasi merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sudah menjadi makanan asasi buat manusia terutamanya di Malaysia. Karbohidrat sangat penting sebagai salah satu sumber nutrisi dalam tumbesaran dan sumber tenaga seharian. Jika salah satu sumber penting seperti karbohidrat kurang dititikberatkan, maka badan mulai lesu dan lemah serta mengakibatkan kadar metabolisme badan menjadi rendah.

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend sekarang untuk wanita atau lelaki yang ingin kurus, mengelakkan makan nasi. Atau bahasa mudahnya ialah diet tak makan nasi. Benarkah dengan tidak mengambil nasi langsung mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan yang paling penting, sihatkah diet sebegini?

Salah satu cara diet tidak makan nasi ialah dengan melebihkan makan lauk. Lauk sahaja dan penuh pinggan tanpa nasi. Diet sebegini juga kurang sihat kerana terlebih satu jenis nutrisi sahaja iaitu sumber protein, yang mana tabiat makanan sebegini boleh mengakibatkan kandungan garam dalam badan berlebihan. Organ dalaman kita yang berfungsi untuk pembuangan protein berlebihan dalam badan adalah buah pinggang. Kesannya, buah pinggang kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna akibat kadar protein yang berlebihan. Buah pinggang bakal terbeban dan mulai mengakibatkan penyakit seperti batu karang. Ternyata diet tidak makan nasi ini kurang bijak dan tidak sihat.



Anda Masih SOLO?







"Inilah hidup anda
Walaupun ada kalanya anda berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah anda.
Terpulang pada diri anda sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Yang penting ialah soal hidup anda sendiri.
Bukan menjadi satu kesalahan jika anda memilih untuk bersendirian.
Mungkin anda perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai."

jika ada jodoh bertemulah...





YA ALLAH.... Jika Dia Adalah Jodohku Kau Pnjangkanlah Jodoh Kami,Jika Dia Bukan Jodohku,Kau Tnjukknlah... Amin....


p/s: Agak letih jadi single when people keep asking about relationship. Then bila jawab "im Single" semacam reaksi pd mereka..emm penting ker pkwe tu?? rasa2 ye penting lg bersuami kot..so relax lah dlu kan. hihihi :)