Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Saturday, April 2, 2011

Mencantikkan Bulu Mata Wanita

Ada sesetengah wanita amat bertuah kerana memiliki bulu mata yang cantik dan melentik. Bulu mata lebat membuatkan mata nampak galak dan lebih menawan berbanding wanita yang bulu matanya pendek dan tipis. Bagi wanita yang kurang bulu mata dan sudah berbiasa mengenakan bulu mata palsu, pasti akan terasa janggal melihat wajah tanpa efek bulu mata palsu. Ada kalanya, maskara tidak membantu biarpun menjanjikan efek bulu mata yang panjang serta-merta dengan beberapa lapisan sapuan.

Kenapa Bulu Mata Menipis?
Tahukah anda cara menanggalkan solekan mata merupakan salah satu sebab bulu mata gugur? Ada kalanya anda menggosok atau menyapu kuat pada kelopak mata untuk menanggalkan  solekan pembayang mata, eye liner dan maskara bulu mata tertanggal. Pemakaian maskara yang tebal secara kerap juga akan membuatkan bulu mata menjadi berat dan condong ke bawah dan serta menjejaskan kelentikan bulu mata. Jika tidak menggunakan penanggal mekap yang berkesan, maka inilah kemungkinannya.

Kitaran bulu mata yang gugur lazimnya mengambil masa lebih kurang 4 hingga 8 minggu untuk tumbuh semula sepenuhnya. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kitaran ini akan mengambil masa yang lebih lama. Sememangnya kita mahukan bulu mata yang lentik, tebal atau panjang agar penampilan kekal menarik sentiasa namun faktor umur harus diambil kira kerana peningkatan umur menyebabkan bulu mata semakin kurang atau tipis.

Setiap bulu mata tumbuh pada ukuran panjang yang tertentu. Apabila ia mencapai ukuran yang sepatutnya, ia akan berhenti memanjang dan gugur dengan sendiri. Kemudian, bulu mata yang baru akan tumbuh secara semula jadi. Panjang bulu mata mempunyai ukuran maksimun bergantung kepada keturunan atau genetik.

Menurut pakar, seseorang wanita boleh mencantikkan lagi bulu mata yang sedia ada dengan menambah efek seperti smokey, seksi, dramatik atau dengan menambahkan panjang atau ketebalan bulu mata. Jika mahu kelihatan ranggi dan up to date, mungkin gabungan bulu mata yang berwarna mengikut warna rambut boleh diaplikasikan bersama bulu mata hitam.