Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Saturday, April 2, 2011

Koleksi Petua Kecantikan Untuk Wanita

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka - Ambil 1 biji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan ia kering selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 4 kali.

Menegangkan Kulit Muka - Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Seterusnya, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka.

Menyerikan Wajah - Jika anda inginkan wajah anda sentiasa berseri apabila dipandang orang, amalkan selawat sebanyak 3 kali setiap pagi, sebelum mencuci muka. Seterusnya sapukan air itu ke muka anda.

Menghaluskan Kulit - Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan - Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Merawat Kulit Berkedut - Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.