Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Friday, March 18, 2011

PETUA JIMATKAN ELEKTRIK


PETI SEJUK

1. Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang dibenarkan.
2. Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.
3. Jangan  selalu membuka pintu peti sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.
4. Jika perlu, elok anda menukarkan peti sejuk jenis model lama atau sudah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun.
5. Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk. Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik keluar, maka jalur magnet tersebut perlu ditukar.
6. Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak 6mm, eloklah anda lakukan penyahbekuan.
7. Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.
8. Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan atau tempat yang panas. Letakkan pada jarak 15cm daripada dinding untuk mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.
9. Jika anda akan bercuti panjang di tempat lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

PENDINGIN HAWA

1. Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang tinggi dengan menggunakan kipas.
2. Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-26ÂșC.
3. Letakkan pelindung pada pendingin hawa kerana ia akan menjimatkan 10 peratus bekalan elektrik berbanding dengan pendingin hawa yang terdedah kepada cahaya matahari.
4. Tetapkan kipas pada pendingin udara anda kepada “ON” daripada menggunakan “AUTO” kerana aliran pengudaraan yang stabil akan membantu menstabilkan suhu bilik dan menjimatkan tenaga.
5. Beli pendingin hawa yang sesuai saiznya kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

MESIN BASUH

1. Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya anda membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.
2. Isi penuh mesin basuh dengan pakaian bagi setiap cucian.

KOMPUTER

1. Gunakan komputer riba atau komputer yang mempunyai skrin leper.
2. Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

SETERIKA

1. Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.
2. Tinggalkan pakaian yang mudah untuk digosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh
digosok dengan menggunakan haba yang sedia ada apabila suis seterika telah dimatikan.

PENCAHAYAAN

1. Matikan suis lampu dan kipas jika tiada sesiapa di dalam bilik.
2. Bertukar kepada lampu jenis fluorosen kompan untuk pencahayaan dalaman.
3. Gunakan tenaga matahari untuk pencahayaan pada waktu siang.
4. Gunakan cat warna cerah untuk bilik kerana ia membalikkan cahaya dengan baik.

p/s:  sejak akhir2 nie segala2 bil kat umah sewa cik nurul naik mndadak2.. so, jom kte jimatkan elektrik sme2 =)