Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna...

suka blog ini?

Thursday, December 15, 2011

Diet Tanpa Nasi Boleh KURUS?





Nasi merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sudah menjadi makanan asasi buat manusia terutamanya di Malaysia. Karbohidrat sangat penting sebagai salah satu sumber nutrisi dalam tumbesaran dan sumber tenaga seharian. Jika salah satu sumber penting seperti karbohidrat kurang dititikberatkan, maka badan mulai lesu dan lemah serta mengakibatkan kadar metabolisme badan menjadi rendah.

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend sekarang untuk wanita atau lelaki yang ingin kurus, mengelakkan makan nasi. Atau bahasa mudahnya ialah diet tak makan nasi. Benarkah dengan tidak mengambil nasi langsung mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan yang paling penting, sihatkah diet sebegini?

Salah satu cara diet tidak makan nasi ialah dengan melebihkan makan lauk. Lauk sahaja dan penuh pinggan tanpa nasi. Diet sebegini juga kurang sihat kerana terlebih satu jenis nutrisi sahaja iaitu sumber protein, yang mana tabiat makanan sebegini boleh mengakibatkan kandungan garam dalam badan berlebihan. Organ dalaman kita yang berfungsi untuk pembuangan protein berlebihan dalam badan adalah buah pinggang. Kesannya, buah pinggang kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna akibat kadar protein yang berlebihan. Buah pinggang bakal terbeban dan mulai mengakibatkan penyakit seperti batu karang. Ternyata diet tidak makan nasi ini kurang bijak dan tidak sihat.